Pilihan Warna Saiz Huruf
DASAR WARGA TUA NEGARA ( DWTN )

Mewujudkan masyarakat warga tua yang sejahtera, bermaruah, mempunyai martabat diri yang tinggi, dengan mengoptimumkan potensi diri mereka dan menentukan mereka menikmati semua peluang disamping mendapatkan penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara.

 

Objektif Dasar Warga Tua

  1. Meningkatkan kehormatan dan martabat diri Warga Tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.
  2. Memajukan potensi Warga Tua agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari.
  3. Menggalakkan pengwujudan dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan Warga Tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.

 

Pelan Tindakan Dasar Warga Tua

Bagi merealisasikan DWTN, satu Pelan Tindakan yang menyeluruh disediakan dengan penglibatan pelbagai sektor masyarakat termasuk agensi kerajaan, NGO, swasta dan orang perseorangan dalam satu badan yang dinamakan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Tua Kebangsaan. Bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Tindakan ini satu Jawatankuasa Teknikal telah dibentuk dan dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan yang meliputi bidang-bidang berikut:

  1. Sosial dan Rekreasi;
  2. Kesihatan;
  3. Pendidikan, Agama dan Latihan;
  4. Perumahan;
  5. Penyelidikan;
  6. Seranta.

 

Kembali ke Bahagian Warga Tua Dan Keluarga