Pilihan Warna Saiz Huruf
BAHAGIAN WARGA TUA DAN KELUARGA

PENGENALAN

Perkhidmatan Warga Tua dan Keluarga merupakan salah satu daripada pelbagai perkhidmatan yang terdapat di JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perlaksanaan perkhidmatan ini tertumpu kepada penjagaan, perlindungan dan pemulihan untuk golongan Warga Tua, Keluarga dan Orang Papa (Akta Orang Papa 1977) selaras dengan Dasar Warga Tua Negara dan Pelan Tindakan Warga Tua.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan perlindungan dengan cekap dan berkesan kepada warga tua, orang papa dan keluarga yang dirujuk dan dilaporkan.
  1. Membantu, melindungi dan memulihkan warga tua, orang papa/pengemis, pesakit melarat dan keluarga bermasalah untuk mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup mereka supaya dapat berdikari dengan memberi jagaan,perlindungan, pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.
  1. Membantu golongan warga tua yang memerlukan penjagaan dan perlindungan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan yang lebih bermakna.
  1. Membanteras pengemis yang masih berkeliaran dan memberi pemulihan melaluiprogram pemulihan di Desa Bina Diri.
  1. Perlaksanaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

 

PERKHIDMATAN

  1. Memberi bantuan kewangan bagi yang berkelayakan melalui Skim Bantuan Orang Tua.
  1. Menjalankan perkhidmatan pencegahan dan menyelamatkan Orang Papa dan Kutu Rayau berdasarkan Akta Orang Papa 1977.
  1. Memproses permohonan kemasukan ke Institusi Jabatan secara sukarela atau berdasarkan Akta Orang Papa 1977 bagi tujuan Pemulihan , Perlindungan dan Penjagaan Warga Tua, Orang Papa dan Kutu Rayau.
  1. Perlaksanaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
  1. Perlaksanaan Kes Wanita Hamil Luar Nikah 18 tahun ke atas.
  1. Pembangunan Komuniti bagi golongan warga tua.
    • Pusat Jagaan Harian Warga Emas
    • Pusat Aktiviti Warga Emas

 

DIREKTORI PEGAWAI

Nombor Telefon : 03-2612 4000

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN SAMBUNGAN
1 En Mujah Bin Hamat Ketua Bahagian
Pen. Pengarah Kanan
(S44 )
4041
3 En Mad Darus Bin Hassan Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat (Kanan)
(S32)
4047
4 Pn Zunaida Bt Mohd Zain Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat (Kanan)
(S32)
4048
5 Pn Junaidah Bt Jahid Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat
(S27)
4113
6 Pn Hanizawati Bt Samsudin Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat
(S27)
4113
7 En Mohd Jamil B Salleh Pembantu Pembangunan Masyarakat

(S17)

4108
8 En Mohd Irwan B Razali Pembantu Pembangunan Masyarakat

(S17)

4109
9 Cik Norhafizah Bt Sa’ban Sambilan (Gred 17) 4110

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

 

SOALAN LAZIM