Kelayakan Umum/Asas Untuk Memohon Bantuan Kebajikan
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia atau bagi Penduduk Tetap (PR) hendaklah bermautautin sebelum 1957.
- Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah
- Golongan yang memerlukan.
(Faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga).
**Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian (PKMD/J/B) di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means–tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan BUKAN HAK!
Catitan
Perkhidmatan bantuan kebajikan adalah Tanggungjawab Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri berdasarkan kepada Senarai III, Perkara 95B (1) (b) Perlembagaan Persekutuan.
Terdapat 13 skim bantuan yang disediakan :
- Bantuan Kanak-kanak(BKK)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
RM100 sebulan seorang. |
Memastikan keluarga miskin dan ibu tunggal terus menyara anak-anak dalam satu keluarga. |
|
- Bantuan Orang Tua (BOT)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
RM300 sebulan seorang |
Saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan |
|
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
|
RM300 sebulan seorang |
Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat. |
|
|
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
|
RM150 sebulan seorang |
Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja. Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. |
|
|
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik (BPT)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
RM300 sebulan seorang |
Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga. Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit Kronik terlantar. Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat. Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Mempertingkatkan kesejahteraan keluarga. |
|
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
RM250 sebulan bagi Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih. *Tempoh bantuan : 12 bulan |
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga ganti. Meringankan tanggungan keluarga ganti yang sanggup menjaga anak-anak pelihara sebagai anak sendiri. |
* Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan |
- Bantuan Am (BA
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
Min:- Maks:- *Tempoh bantuan : 12 bulan |
Memberi bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari |
(faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga). |
- Geran Pelancaran (GP)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
Maksima RM2,700 sekaligus |
Membantu klien JKM yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dengan menceburi bidang perusahaan, pertanian atau perniagaan kecil. Membolehkan klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari serta meningkatkan taraf hidup mereka. |
|
- Bantuan Bencana (BB)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
Sehingga RM5,000 maksimum |
Jangka Pendek: Memberi bantuan segera di pusat pemindahan seperti tikar, selimut, makanan kering dan set kit bencana. Jangka Panjang: Memberi bantuan pemulihan bagi memulakan kehidupan selepas bencana berupa bantuan kewangan kerana kerosakan harta benda. |
Mangsa bencana dari golongan miskin. |
- Bantu an Alat Tiruan /Alat Sokongan (BAT/S)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
Kadar sebenar alat |
Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, calipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan. Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain. |
|
- Elaun Latihan Apperantis (ELA)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
RM200.00 sebulan seorang |
Membantu belia/beliawanis terutama anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, penganggur atau terdedah kepada masalah sosial untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil |
|
- Skim Bantuan Segera Persekutuan Bagi Kawasan Parlimen (BSKP)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
Kadar bantuan (maksimum):
|
Membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan dengan segera. |
|
- Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB)
|
Kadar |
Tujuan |
Syarat Kelayakan |
|
Membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binantang buas. |
Mangsa atau waris mangsa serangan
|
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah / jajahan / bahagian berdekatan. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon ataupun email ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah / jajahan / bahagian berdekatan. Senarai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan lain-lain dokumen yang berkaitan.











