Pilihan Warna Saiz Huruf
TASKA

Takrifan Taska

Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.
Jenis-jenis Taska;

  1. Taska Di Rumah
    Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.
  2. Taska Di Institusi
    Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih.
  3. Taska Di Tempat Kerja
    Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih. Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.Kadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180 sebulan bagi seorang anak, dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan. [Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008]
  4. Taska Komuniti
    Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.

    • Taska Komuniti bermatlamat untuk memberi kemudahan kepada keluarga bependapatan rendah
    • Pemberian subsidi yuran sebanyak RM180 sebulan bagi seorang kanak-kanak akan dipertimbangkan kepada keluarga yang jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan di bandar dan RM1,200 di luar bandar.
    • Borang Permohonan Subsidi Yuran Taska boleh didapati dan dihantar kembali ke TASKA Komuniti di mana anak-anak pemohon ditempatkan.

 

Senarai Taska Komuniti yang telah ditubuhkan Di WP Kuala Lumpur

BIL NAMA TASKA KOMUNITI ALAMAT
1 Taska Penyayang MAKPEM No.17, Jln 1/48A,
Bandar Baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur
2 Taska Penyayang Kasih Blok 96-00-06 dan Blok 96-00-07,
Kampung Limau, Pantai Dalam,
59200 Kuala Lumpur
3 Taska Penyayang Pantai Permai Bangunan Blok E,
PPR Pantai Permai, Jalan Pantai Dalam,
59200 Kuala Lumpur
4 Penyayang As Shakinah Dewan As Shakinah, Jln Batu Muda Tambahan 1,
Kg. Batu Muda Tambahan,
51100 Kuala Lumpur

 

Nisbah Pengasuh dengan Kanak-Kanak

  • Kanak-Kanak Normal
Di bawah 1 tahun 1 : 3
1 hingga 3 tahun 1 : 5
3 hingga 4 tahun 1 : 10
  • Kanak-Kanak Kurang Upaya (OKU)
Di bawah 1 tahun 1 : 2
1 hingga 3 tahun 1 : 3
3 hingga 4 tahun 1 : 3

 

Nisbah Luas Ruang Lantai dengan Penghuni TASKA

Kanak-Kanak di bawah 4 tahun, 1 : 3.5 meter persegi
* tidak termasuk dapur, setor, tandas, bilik penjaga dan ruang pejabat.

 

Permohonan Pendaftaran TASKA

Pendaftaran perlu dibuat bagi mempastikan semua TASKA berfungsi dan beroperasi dengan berkesan mengikut kehendak Akta-Akta dan peraturan-peraturan yang telah diwartakan.

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke JKM WPKL atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pendaftar Pertubuhan
    • Nama sesebuah taman hendaklah menggunakan perkataan “TASKA” pada permulaan nama dan diikuti dengan nama yang dicadangkan (digalakkan dalam Bahasa Malaysia).
    • (Sila buat carian nama nama taska di SSM dan kemudian dapatkan surat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL (JKM WPKL) atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya (PKMC Putrajaya) sebelum mengemukakan permohonan pendaftaran

 

  • Mengisi Borang II Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Seksyen 7)
    • Borang II boleh didapati di JKM WPKL atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya dengan harga RM10.00 (Permohonan Baru) dan RM4.00 (Permohonan Semula).
    • Pastikan permohonan menggunakan borang asal
    • Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan jika berlaku kesilapan dalam borang. Sebarang kesilapan, potong dan tandatangan ringkas.

 

  • Kelulusan dari agensi teknikal

 

Senarai Taska Berdaftar Di Bawah Akta TASKA Di WP Kuala Lumpur 

Senarai Taska Berdaftar Pengecualian  JKM WP Kuala Lumpur