Definisi Pusat Jagaan
Pusat Jagaan Berkediaman dan Pusat Jagaan Harian mengikut pengertian Seksyen 2, Akta Pusat Jagaan 1993
Jenis-jenis Pusat Jagaan
“Pusat Jagaan Berkediaman”
ertinya mana-mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni-penghuni didalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya.“Pusat Jagaan Harian”
ertinya mana – mana premis di mana empat (4) orang atau lebih diterima untuk jagaan selama satu tempoh berterusan yang melebihi tiga (3) jam sehari di antara matahari terbit hingga matahari terbenam dan sekurang – kurangnya tiga (3) hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya.
Kategori Penghuni Pusat Jagaan
- Kanak-Kanak ( berumur 18 tahun kebawah)
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Warga Emas
- Wanita
Nisbah Penjaga dengan Penghuni Pusat Jagaan
Kanak-Kanak
| Dibawah 4 tahun | 1 : 5 atau kurang |
| 4 hingga 10 tahun | 1 : 18 atau lebih |
| 10 tahun ke atas | 1 : 18 atau kurang |
Orang Kurang Upaya (OKU)
| OKU | 1 : 10 atau kurang |
| OKU Teruk / Terlantar | 1 : 4 atau kurang |
Warga Emas / Wanita
| Warga Emas / Wanita | 1 : 18 atau kurang |
| Warga Emas Terlantar / Berpenyakit | 1 : 4 atau kurang |
Nisbah Luas Ruang lantai dengan Penghuni Pusat Jagaan
| Kanak-Kanak di bawah 10 tahun dan OKU | 3.5 meter persegi setiap penghuni |
| Kanak-kanak 10 tahun ke atas, wanita dan warga emas | 3.0 meter persegi setiap penghuni |
* tidak termasuk dapur, setor, tandas, bilik penjaga dan pejabat
Pendaftaran Pusat Jagaan
Pendaftaran perlu dibuat bagi memastikan semua Pusat Jagaan berfungsi dan beroperasi dengan berkesan mengikut kehendak Akta-Akta dan peraturan-peraturan yang telah diwartakan.
Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran Pusat Jagaan ke JKM WPKL atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / Pendaftar Pertubuhan
- Nama sesebuah Pusat Jagaan hendaklah menggunakan perkataan “Pusat Jagaan” pada permulaan nama dan diikuti dengan nama yang dicadangkan (digalakkan dalam Bahasa Malaysia).
- Sila buat carian nama Pusat Jagaan di SSM dan kemudian dapatkan surat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL (JKM WPKL) atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya (PKMC Putrajaya) sebelum mengemukakan permohonan pendaftaran di SSM
- Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) dan Berhad (Bhd), nama dan alamat Pusat Jagaan mestilah dinyatakan dalam Memorandum and Article (M&A) Syarikat. Sekiranya Pusat Jagaan ini ditubuhkan kemudian, salinan resolusi Lembaga Pengarah Syarikat berkaitan penubuhan Pusat Jagaan tersebut hendaklah disertakan.
- Bagi Pertubuhan / Persatuan, nama dan alamat Pusat Jagaan mestilah dinyatakan dalam Perlembagaan Pertubuhan / Persatuan. Sekiranya Pusat Jagaan ini ditubuhkan kemudian, salinan resolusi / minit mesyuarat berkaitan penubuhan Pusat Jagaan tersebut hendaklah disertakan.
- Mengisi Borang P.U (A) 248 – Permohonan Untuk Pendaftaran Pusat Jagaan
- Borang boleh didapati di JKM WPKL atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya secara percuma
- Pastikan permohonan menggunakan borang asal
- Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan jika berlaku kesilapan dalam borang. Sebarang kesilapan, potong dan tandatangan ringkas.
- Kelulusan dari agensi teknikal
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Jabatan Bomba dan Penyelamat WPKL (Sila dapatkan surat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL sebelum mengemukakan permohonan kelulusan dari agensi teknikal ini) |
Perbadanan Putrajaya
Jabatan Kesihatan Putrajaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya (Sila dapatkan surat sokongan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya sebelum mengemukakan permohonan kelulusan dari 3 agensi ini) |
- Salinan Pendaftaran Perniagaan / Pertubuhan
- Pelan Lantai
- Ukuran panjang dan lebar bagi setiap ruang (dalam meter)
- Pengiraan jumlah luas ruang setelah ditolak ruang laluan jalan, bilik stor, dapur, pejabat, tandas dan bilik kakitangan.
- Jadual aktiviti harian bagi penghuni
- Jadual menu bagi penghuni
- Senarai Maklumat Pekerja termasuk pengalaman dan salinan kad pengenalan
- Salinan Rekod Suntikan Typhim IV
- Salinan Sijil Kursus berkaitan penjagaan penghuni
- Wang Pos / cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia bernilai RM10.00
(Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa Pusat Jagaan bahawa permohonan telah lengkap)
- Kesemua dokumen di atas hendaklah disediakan dalam 2 salinan dan dibinding sebelum diserahkan ke JKM WPKL / PKMC Putrajaya untuk diproses.
- Kesemua salinan dokumen perlu diakui sah.
Senarai Pusat Jagaan Berdaftar Di Bawah Akta Pusat Jagaan 1993 Di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya
|
BIL |
NAMA PUSAT JAGAAN | ALAMAT | TEMPOH PENDAFTARAN |
| 1 | Pusat Jagaan Dyslexia | No. JKR 3488, Jalan Ampang Hilir 4, Ampang | 09.09.2008-08.09.2009 |
| 2 | Pusat Latihan Vokasional dan Pendidikan Dewasa | Wisma Harapan, 522 Jalan Sultan Abdul Samad, 50470 Kuala Lumpur | 23.09.2008-22.09.2009 |
| 3 | Pusat Jagaan Latihan Gurney Bagi Orang Buta | Jalan Tun Sambanthan 4, 50470 Kuala Lumpur | 13.11.2008-12.11.2009 |
| 4 | Pusat Jagaan Sunshine Kids Care Centre | No. 80, Jalan 76/26, Taman Sri Rampai, 53000 Setapak | 13.11.2008-12.11.2009 |
| 5 | Kids Retreat Care Centre | 29, Jalan Goh Boom Hiong, Taman Tayton View, 56000 Cheras, Kuala Lumpur | 13.11.2008-12.11.2009 |
| 6 | Funstation Children Development Centre | A-0-1, Vista Wira 1, Jalan 4/27A Seksyen 2, 53300 Wangsa Maju | 15.12.2008-14.12.2009 |
| 7 | Pusat Jagaan Keluarga | No. 9, Jalan Dato Abu Bakar, Seksyen 16/1, 46350 Petaling Jaya | 17.12.2008-16.12.2009 |
| 8 | Selangor King George V. Silver Jubliee Fund |
Jalan Jubliee, Off Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur | 17.12.2008-16.12.2009 |
| 9 | Pusat Jagaan Tunas Ria | No. 41, Jalan Antoi 2, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur | 17.12.2008-16.12.2009 |
| 10 | Pusat Jagaan Kanak-Kanak Qing-Qing | No. 46, Jalan Pipit, Batu 3, Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur | 26.12.2008-25.12.2009 |
| 11 | Asrama Cahaya Rumah Wanita Cacat |
Infant Jesus Convent, Jalan Bukit Nenas, 50250 Kuala Lumpur | 31.12.2008-30.12.2009 |
| 12 | Pusat Jagaan Seavoy | Tkt 1, No. 7, Jalan 2A/6, Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur | 30.1.2009-29.1.2010 |
| 13 | Honey Bee Care Centre | 11, Jalan Mutiara 4, Taman Mutiara, 56000 Cheras | 30.1.2009-29.1.2010 |
| 14 | Words Place Care Centre | 275, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur | 3.4.2009-2.4.2010 |
| 15 | Pusat Jagaan Kanak-Kanak Dinamik Suria | No. 41, Jalan Wangsa 1/2B, Taman Wangsa Waman, Kepong, 52200 Kuala Lumpur | 8.4.2009-7.4.2010 |
| 16 | Pusat Pelindungan Rahoma | No. 45, Jalan 2/5A, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur | 8.4.2009-2.4.2010 |
| 17 | Rumah Kebajikan Tara Bhavan | No. 63, Jalan Duku Kg. Kasipillay, 51200 Kuala Lumpur | 3.4.2009-2.4.2010 |
| 18 | Pusat Jagaan Funkids | Lot 8-13, LG Floor, Pandan Safari Complex, No. 1, Jalan Perdana 6/10A, Pandan Perdana, 55300 Kuala Lumpur | 8.4.2009-7.4.2010 |
| 19 | Pusat Jagaan E.Kids | No. 11 & 15, Jalan 3/36 Sri Bintang, 52100 Kepong | 3.4.2009-2.4.2010 |
| 20 | Pusat Jagaan Tasputra Perkim | No. 3498, Jalan Ampang Hilir, 5500 Kuala Lumpur | 8.4.2009-
7.4.2010 |
| 21 | Pusat Jagaan Rejoice Care Centre |
No. 4, Jalan Perkasa 6, Taman Maluri Cheras, 55100 Kuala Lumpur | 29.4.2009-28.4.2010 |
| 22 | Persatuan Pure Life | Batu 6 & 6 1/2 , Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur | 22.5.2009-21.5.2010 |
| 23 | Green Gates Care Centre | No.106 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur | 01.6.2009-31.6.2010 |
| 24 | Mutiara Old Folks Care Servies | No.18 Jalan Mutiara Barat 2, Taman Mutiara Cheras, 56000 Kuala Lumpur | 29.6.2009-28.6.2010 |
| 25 | Pusat Jagaan Nuri | No.28, Lorong Air Kuning 5, Off Jalan Air Panas, 53300 Setapak, | 29.6.2009-28.6.2010 |
| 26 | Pusat Jagaan Suria Care Home |
No. 2, Jalan Timah, Off Jalan Chan Chin Mooi, Taman Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur | 04.8.2009 – 03.8.2010 |
| 27 | Pusat Jagaan Charis Shining | No.1, Jalan Siput Saturday, Taman Billion, 56000 Cheras | 04.08.2009 – 03.08.2010 |
| 28 | Pusat Jagaan Kanak-Kanak Endah |
No.19, Jalan 2/14B, Taman Sri Endah, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur |
04.08.2009 – 03.08.2010 |
| 29 | Pusat Jagaan Casa Ria | Block 15B, Everett Tower Mont Kiara Pines, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur | 12.08.2009 – 11.08.2010 |
| 30 | Pusat Jagaan Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia |
No.9A, Lorong Bukit Raja, Taman Seputeh, 58000 Kuala Lumpur | 01.09.2009 – 31.08.2010 |











