Pilihan Warna Saiz Huruf
PEJABAT JKM CAWANGAN PUTRAJAYA

PENGENALAN

Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya (PKMC Putrajaya) merupakan cawangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PKMC Putrajaya ini di wujudkan pada 01 Oktober 2007 dan mula beroperasi pada April 2008. Pengujudan Pejabat ini adalah untuk memberi kemudahan kepada warga Putrajaya bagi mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya dari JKM di mana sebelum ini warga Putrajaya terpaksa mendapatkan perkhidmatan di PKMD Sepang yang terletak kira-kira 65 km dari Putrajaya. Selepas Putrajaya di isytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 01 Feburuari 2001, perkhidmatan JKM untuk warga Putrajaya di pindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak kira-kira 45 km dari Putrajaya. Memandangkan kesukaran yang di hadapi oleh warga Putrajaya, Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengujudkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Putrajaya. Sementara itu, pengurusan dan kewangan pejabat ini di letakkan secara pentadbiran di Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

OBJEKTIF

  • Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar di Putrajaya
  • Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
  • Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
  • Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang professional dan
  • Perkongsian tanggungjawab yang strategik

 

PERKHIDMATAN

    1. Perkhidmatan
      • Bantuan Am
      • Bantuan Kanak-kanak
      • Bantuan Orang Tua
      • Elaun Pekerja Cacat
      • Bantuan OKU Tidak bekerja
      • Elaun Penjaga Pesakit Kronik dan OKU terlantar
      • Bantuan Sekolah
      • Bantuan Alat Tiruan
      • Bantuan Geran Pelancaran
      • Bantuan Bencana

 

    1. Bahagian Penguatkuasaan – Memproses, memantau dan menyelia Taska dan Pusat Jagaan
      • Pendaftaran Baru dan Pendaftaran Semula Taska dan Pusat Jagaan

 

    1. Bahagian Kanak-kanak – Mengendali kes-kes berkaitan
      • Pendaftaran Anak Angkat,
      • Kes Penderaan, Pengabaian dan Penganiayaan Kanak-kanak,
      • Kes-kes Ahklak,
      • Kes Kanak-kanak Tak Terkawal,
      • Kes kanak-kanak terdedah kepada bahaya moral

 

    1. Bahagian Warga Tua dan Keluarga – Membuat pemantauan kes-kes
      • Kes – kes Pengemis dan Kutu rayau
      • Kemasukan kes ke Rumah Seri Kenangan, Desa Bina Diri dan Rumah Ehsah

 

    1. Bahagian Pembangunan OKU – Pendaftaran Baru dan memperbaharui Kad OKU
      • Kemasukan penghuni ke Taman Sinar Harapan dan ke Pusat Latihan dan Perindustrian Pembangunan, Bangi (PLPP)
      • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

 

  1. Bahagian Pembangunan Komuniti
    • Mengendali proses pendaftaran ahli-ahli sukarelawan peringkat Putrajaya.

 

DIREKTORI PEGAWAI

No. Tel : 03- 8901672
No. Faxs : 03-88901671

BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN

SAMBUNGAN

1

En Mohamad Fazli bin Abdul Rahman Ketua Pejabat Kebajikan Masyarakat (S41) 03- 8901672

2

Pn. Noraliza binti Abu Bakar Pen. Peg. Kebajikan Masyarakat (S27)  

3

En Hamsa bin Moksin Pen. Peg. Kebajikan Masyarakat (S27)  

4

Pn Nor Azizah binti Osman Pembantu Pembangunan Masyarakat (S22)  

5

Pn. Zakiah binti Otin Pembantu Pembangunan Masyarakat (S17)  

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Putrajaya Pemulihan Dalam Komuniti
Alamat :
Tingkat 1, Blok A3, Apartment Fasa 12, Presint 9, 62250 Putrajaya
Alamat :
No. 2, Blok E, Kuarters JPM, Presint 14,
62050 Putrajaya
Penyelia : Haji Salleh Bin Attan
Penolong Penyelia : Kamsiah Bt. Mohd Nawi
Petugas :

  • Rafika Bt. Ahmad
  • Norhidayu Bt. Md Arifiin
  • Ahmad Munzir Bin Awing
  • Nurul Ain Bt. Zainuddin