Pilihan Warna Saiz Huruf
BAHAGIAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

PENGENALAN

Kaunseling adalah proses dua-hala yang membantu orang membuat perubahan diri atau mengambil keputusan untuk menangani masalah. Ini berlaku melalui dialog antara klien dan kaunselor.

Kaunseling memberi peluang untuk anda melihat dengan lebih jelas konflik, gangguan atau masalah yang sedang dialami dan kesannya terhadap kualiti hidup anda. Melalui kaunseling anda boleh memahami kebimbangan dan ketakutan yang anda alami serta cara-cara anda menghadapi dan menangani masalah.

Kaunseling boleh membantu anda membuat pertimbangan kepada apa-apa perubahan atau keputusan yang anda ingin lakukan serta melihat pilihan-pilihan yang ada untuk anda. Melalui sokongan dan galakan kaunselor, anda akan memperolehi pemahaman diri, kematangan emosi, celik akal serta dapat membuat keputusan dan bertindak untuk menangani masalah anda.

 

OBJEKTIF

  • Memulihkan tingkah laku, kognitif dan emosi klien / kakitangan jabatan.
  • Memupuk, membangun dan memperkasa keupayaan kendiri klien / kakitangan jabatan.
  • Memulihkan kefungsian keluarga klien / kakitangan jabatan.

 

PERKHIDMATAN

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Perkahwinan / Pasangan
  • Kaunseling Keluarga
  • Bengkel Interaktif
  • Kaunseling Kelompok
  • Tele Kaunseling
  • Ujian Penaksiran Psikologi
  • Program Outreach dan Advokasi

 

DIREKTORI PEGAWAI

Khidmat Kaunseling dan Psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat WPKL dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi

Untuk membuat temujanji sila hubungi

Telefon : 03 – 26124000

BIL NAMA JAWATAN SAMBUNGAN
1 Raymund N. C. Jagan Pegawai Psikologi Kanan(S44)  4072
2 Aminah Bt Abdul Mannan Pegawai Psikologi(S41) 4070
3 Nurul Ashikin Din Pegawai Psikologi(S41) 4071
4 Herwan Bin Amat Pegawai Psikologi(S41) 4073
5 Lee Kah Nyin Pegawai Psikologi(S41) 4074
6 Zainul Akmar Bt Othman Pen. Pegawai Psikologi(S32) 4075
7 Suria Bt Rosni Pen. Pegawai Psikologi(S27) 4075

 

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

 

SOALAN LAZIM