Pilihan Warna Saiz Huruf
SEKOLAH TUNAS BAKTI, SG. BESI

PENGENALAN

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1952 melalui peruntukan “Colonial Development and Welfare Scheme” kerajaan British. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British bagi Malaya ketika itu, iaitu General Sir Gerald Templer pada 24 September 1953 dengan diberi nama “Sungai Besi Boys School” bersesuaian dengan status sekolah ini yang menempatkan kanak-kanak lelaki sahaja. Selaras dengan peredaran masa dan tuntutan semasa, pada tahun 1982, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi dan nama ini berkekalan sehingga ke hari ini.

Terletak di Lot 13856 dalam daerah Petaling, Kuala Lumpur di KM 10, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sekolah ini mampu menempatkan sehingga 200 orang penghuni dalam satu-satu masa.

 

OBJEKTIF

Memberi pemulihan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan juga kanak-kanak yang tidak terkawal.

 

PERKHIDMATAN

Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi menyediakan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan aktiviti untuk para penghuni. Antaranya ialah:

  1. Pemulihan (pendekatan psikososial) dan perlindungan (kemudahan tempat tinggal dan keperluan harian)
  2. Kaunseling dan psikologi
  3. Intervensi Pemulihan
  4. Pembimbing Rakan Sebaya
  5. Terapi Muzik
  6. Bimbingan Agama
  7. Pendidikan Moral
  8. Housetalk
  9. Perjumpaan individu dan kelompok.
  10. Morning Meeting
  11. Bersekolah luar
  12. Sesi Didaktik
  13. Kelas akademik
    • Pendidikan komputer
    • Pendidikan pembacaan (Program KIA2M)
  14. Unit Perkembangan Kemahiran dan Vokasional
    • Motor Mekanik
    • Pertukangan Kayu , Perabot dan Kraftangan
    • Seni Taman/Pertanian
    • Binaan ,Paip dan Mengecat.
    • Bengkel Elektrik
  15. Rekreasi, sukan dan intergrasi.
    1. Permainan dalaman – Catur, Ping Pong, Karom
    2. Permainan luaran – Bola Sepak, Bola Tampar, Sepaktakraw, Futsal, Badminton
  16. Aktiviti ko-kurikulum
    • Kompang
    • Pancaragam
    • Tarian

 

 SENARAI PEGAWAI

Telefon : 03-79831331

Fax : 03-79816539

BIL NAMA JAWATAN SAMBUNGAN
1 Ismail Arul Raj bin Amirudin Pengetua (S44) 03-79831331
2 Norashikin binti Haron @ Omar Pegawai Psikologi (S41)
3 Mohd Jaafar bin Idris Timbalan Pengetua (S32)
4 Khairul Hisham bin Ariffin Timbalan Pengetua (Hep) (S27)
5 Hasliana binti Husin Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S27)
6 Fatimah binti Jusoh Ketua Pembantu Tadbir (N22)
7 Damarulan bin Rezab Pembantu Tadbir Kew (W17)
8 Rudywan bin Ismail Pembantu Tadbir (N17)
9 Siti Aishah binti Abdul Razak Pembantu Tadbir (N17)
10 Kastafa bin Hamdan Penyelia Asrama (N17)
11 Mohamad Zukni Hakim bin Baharudin Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)
12 Nadzar bin Sharif Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
13 Mohd Aidis Naim bin Hasan Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
14 Muhammad Safuan bin Supardi @ Saleh Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
15 Nor Effedy bin Sharuddin Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
16 Mohd Husairi bin Hussain Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
17 Anuwar bin Ali Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
18 Faisal Shafique bin Ismayudin Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
19 Jamza Hazrul bin Mohamad Jamalus Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
20 Suflah binti Saadon Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
21 Badderul bin Yusof Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
22 Nazri Azma bin Ismail Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
23 Mohamad Imran bin Mohamed Zanyuin Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)
24 Shahrolrizam bin Shafie Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17)

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

SOALAN LAZIM