Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini sedang giat memerangi kegiatan mengemis di Bandaraya Kuala Lumpur. Bagi merealisasikan hasrat ini JKM WPKL pada perancangan awal akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen ‘Tiada Pemberi Tiada Pengemis’ pada 31 Januari 2012 (Selasa) yang akan dirasmikan oleh YBM Senator Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin bertempat di Lobi Stesen Sentral Kuala Lumpur, Jam 4.00 petang.
Anda DIJEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI bagi memeriahkan majlis tersebut. Pelbagai acara menarik menanti anda seperti Persembahan Artis AF, Pameran dari agensi-agensi berkaitan, cenderahati kepada anda yang bertuah dan beramah mesra dengan kakitangan Jabatan.











