Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sejarah Penubuhan JKM K. Lumpur

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) wujud setelah berpisah dengan rasminya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor pada awal tahun 1974. Perpisahan ini diharapkan dapat memberikan perkhidmatan kepada kumpulan sasar dengan lebih cekap dan berkesan lagi memandangkan pertambahan bilangan kes yang dirujuk

Visi
Masyarakat Sejahtera dan Penyayang

Misi

Membangunkan Masyarakat ke Arah Kesejahteraan Sosial

Objektif JKM

  • Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan
  • Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
  • Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
  • Meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial yang profesional dan Perkongsian Tanggungjawab yang strategik
Laman Utama | Borang | Buletin JKM | Direktori | Akses Web
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur