Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

3/3/2008 - LETS SPORT
ANDA KEMURUNGAN???REHATKAN MINDA SERTA BADAN ANDA DARI TEKANAN KERJA YANG TIDAK AKAN HABIS. Jom sertai pertandingan bola tampar dan bola jaring yang ..

28/2/2008 - Perhimpunan pagi
Tarikh: 28/2/2008 Masa : 8.15 pagi Tempat: Ruang legar JKMWPKL Semua pegawai dan kakitangan JKMWPKL di wajibkan hadir. Aturcara majlis:Ucapan oleh Pengarah JKMWPKL ..

Perutusan Pengarah

Salam sejahtera,

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) diwujudkan pada tahun 1972. Tanggungjawab utamanya ialah Pembangunan dan kesejahteraan sosial masyarakat sejajar dengan matlamat dan aspirasi negara.

Dalam menunaikan tanggungjawab ini, JKMWPKL memainkan peranan sebagai penggerak utama khidmat sosial berlandaskan Prinsip Kerja Sosial sejagat melalui beberapa bidang tugas utamanya.Usaha pembaharuan yang diterajui oleh JKMWPKL tertumpu kepada perlaksanaan langkah-langkah yang terancang di bawah bidang kerja sosial utama iaitu:

Pemulihan Perlindungan
Perlindungan
Perundingan dan Khidmat Masyarakat
Perundangan dan Advokasi

Beberapa strategi telah digubal dan dilaksanakan untuk mempastikan semua program pembangunan sosial berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Ini termasuk usaha terhadap pembudayaan kualiti melalui ISO 9000 iaitu satu pengiktirafan kecemerlangan perkhidmatan kebajikan dan anggota-anggota kerajaan.

Kami mengharapkan anda dapat mengenali JKMWPKL dengan lebih rapat di dalam persekitaran virtual melalui perkhidmatan secara digital.

"BERKHIDMAT SECARA PROFESSIONAL"

"BERKAT BERJASA"

JAMILAH BINTI MOHAMMED
Pengarah Kebajikan Masyarakat JKMWPKL


Laman Utama | Borang | Buletin JKM | Direktori | Akses Web
Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur