PENGENALAN
Asrama Akhlak Dato’ Keramat adalah sebuah institusi pemulihan bagi menempatkan kanak-kanak yang menghadapi konflik dengan undang-undang dan tidak terkawal. Asrama ini terletak di kawasan perumahan di mana ianya berkonsepkan ‘rumah’ di mana pelatih menjalani aktiviti harian dan berada seperti di rumah sendiri. Asrama ini mampu menampung seramai 15 orang pelatih dengan kakitangan seramai 5 orang.
OBJEKTIF
Untuk mendidik kanak-kanak kepada kehidupan yang lebih berfaedah dengan memajukan dan memperbaiki kelakuan serta meningkatkan kemampuan dan kebolehan mereka.
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan :-
- Jagaan (tempat tinggal, makanan, pakaian, rawatan perubatan dan keperluan harian)
- Kaunseling dan Bimbingan (kaunseling Individu, kaunseling Kelompok dan sesi motivasi)
- Kelas Akademik (Dalam atau di Luar institusi)
- Pendidikan keagamaan dan Moral
- Kelas Latihan Vokasional
- Kemudahan Sukan / Riadah
DIREKTORI PEGAWAI
| BIL | NAMA PEGAWAI | JAWATAN | TELEFON |
| 1 | Pn Nor Azlina bt Mohamad | Waden (S27) |
03-42579652 |
| 2 | Cik Noraini bt Pauzi | Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17) |
03-42579652 |
| 3 | Pn. Norhamizah bt Ahmad Mahmmud | Pembantu Kebajikan Masyarakat (S17) |
03-42579652 |
| 4 | Cik Ayu Fadillah bt Abd. Hakim | Skim Pekerja Singkat | 03-42579652 |











