PENGENALAN
Asrama Akhlak (Perempuan) Kg. Pandan juga dikenali dengan Asrama Bahagia Kg. Pandan adalah sebuah Institusi Kebajikan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1947 diatas Lot 67, Jalan Perkasa, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Merupakan tempat untuk tahan sementara dan pemulihan bagi kanak-kanak perempuan yang berumur diantara 10 tahun hingga 18 tahun yang menghadapi konflik dengan undang-undang dan kanak-kanak yang tidak terkawal.
Kemasukan ke Asrama Bahagia adalah melalui Perintah Mahkamah, di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 :-
- Seksyen 46(1)(c) bagi tahanan sementara kanak-kanak yang tidakterkawal.
- Seksyen 46(2)(aa) atau Seksyen 46(2)(bb) bagi tahanan setahun kanak-kanak yang tidak terkawal.
- Seksyen 91(e) dan Seksyen 98, perintah percubaan keatas kanak-kanak.Asrama Bahagia telah diubah suai sepenuhnya dari bangunan satu tingkat kepada bangunan tiga tingkat yang merangkumi Bahagian Pentadbiran, 3 buah bilik Asrama Pelatih, sebuah Bilik Tahanan Reman, Bilik-bilik Akademik dan Bilik Vokasional untuk kemudahan pelatih yang ditempatkan disini. Bangunan baru Asrama Bahagia ini telah menjalankan operasi pentadbirannya pada 11 Mei 2009 dan mula menerima kemasukan pelatih pada 01 Julai 2009.
OBJEKTIF
Objektif Asrama adalah untuk memberi Jagaan, Pemulihan dan Bimbingan kepada kanak-kanak perempuan yang terlibat dengan masalah sosial kepada kehidupan yang lebih berfaedah dengan memajukan dan membaiki kelakuan serta meningkatkan kemampuan dan kebolehan mereka.
PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
- Jagaan dan Pemulihan Pelatih-pelatih yang dimasukan ke asrama ini dibekalkan dengan keperluan harian seperti perkakasan pembersihan diri, pakaian dan sebagainya. Selain daripada keperluan asas, pelatih juga disediakan dengan menu makan yang seimbang sebanyak 6 kali sehari. Pelatih-pelatih juga megikuti aktiviti-aktivitidan program yang terancang untuk membantu pemulihan mereka.
- Kaunseling dan Bimbingan Pelatih sentiasa diberi bimbingan dari masa ke semasa, manakala pelatih yangbermasalah akan dirujuk kepada Kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Program Keagamaan Pelatih yang beragama Islam akan mengikuti kelas yang dibimbing oleh Ustazah yang berkhidmat di Asrama Bahagia. Kelas bimbingan agama akan diadakan 2 kali setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad, diadakan pada sessi pagi dan sessi petang.
Pada setiap pagi hari Jumaat, pihak pentadbiran Asrama mengadakan program
membaca surah Yassin yang melibatkan pelatih bersama Waden dan kakitangan
yang bertugas.
Bagi pelatih yang bukan Islam akan mengikuti kursus Pendidikan Moral dan boleh mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.
- Kesihatan Pihak asrama akan membawa pelatih ke klinik yang berhampiran bagi mendapatkan rawatan dan jika berlaku kecemasan pelatih akan dibawa ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur.
- Pembelajaran Bagi pelatih Cubaan Akhlak yang mana akan tinggal selama setahun di Asrama ini akan dibantu untuk bersekolah semula, manakala yang tidak bersekolah akan mengikuti latihan vokasinal saperti kelas masakan, kelas jahitan dll.
- Riadah Asrama juga mengadakan aktiviti riadah pada setiap hari bermula dari jam 5.00 petang – 6.00 petang dimana pada ketika ini pelatih akan beriadahdengan bermain bola jaring atau pun badminton. Selain dari itu pelatih- pelatih juga mengadakan latihan tarian poco-poco dan bermain permainan `indoor games’.
SENARAI PEGAWAI DAN NOMBOR TELEFON
TALIAN TELEFON : 03-9284 0034 / 9281 2467 & FAX : 03-9281 2252
| BIL | NAMA PEGAWAI | JAWATAN | SAMBUNGAN |
| 1 | Laviah Binti Hj. Aziz | Waden (S32) | 200 |
| 2 | Khairul’Aini Binti Mohd Drus | Timbalan Waden ( S22) | 202 |
| 3 | Nurhalimah binti Ab.Rahman | Pembantu Tadbir (N17) | 206 |
| 4 | Rozilawati Binti Mohd Salim | Pem. Kebajikan Masyarakat (S17) | 208 |
| 5 | Diana Sarah Binti Mawardi | Pem. Kebajikan Masyarakat (S17) | 208 |
| 6 | Munira Binti Mustafar | Pem. Kebajikan Masyarakat (S17) | 203 |
| 7 | Nurulhuda @ Kamilia Binti Zakaria | Pem. Kebajikan Masyarakat (S17) | 203 |
| 8 | Wan Khatijah Bte Wan Jamal | Pem. Kebajikan Masyarakat Agama (S17) | 205 |











