PENGENALAN
Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PKM JKMWPKL) ialah satu bahagian baru yang ditubuhkan pada 1 Februari 2007 susulan daripada Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) telah dibentuk oleh Parlimen untuk mengkaji semula dan Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Pada 18 Julai 2006 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274] dan Kanun Keseksaan (Pindaan ) 2006 [Akta A1273] telah diluluskan oleh Parlimen. Seterusnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk merangka dan menjalankan program Perintah Khidmat Masyarakat di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)2006 [Akta A1274].
Perintah Khidmat Masyarakat dijalankan adalah sebagai hukuman atas kesalahan yang dilakukan dengan melucutkan masa lapang pesalah muda dengan memberikan satu tanggungjawab kepada mereka.
Ia merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan khidmat masyarakat satu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda. Oleh itu, ia memberi ruang penginsafan kepada pesalah muda untuk memperbaiki akhlak diri.
Pertimbangan kes Perintah Khidmat Masyarakat hanya boleh dikenakan untuk kesalahan pertama sahaja yang dilakukan oleh pesalah muda dan ianya bergantung kepada pihak mahkamah.
OBJEKTIF
- HUKUMAN (PUNISHMENT)
Melalui pelucutkan masa lapang pesalah muda dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.
- PEMULIHAN (REHABILITATION)
Dengan merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda.
- PENGINSAFAN (REPARATION)
Dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.
PERKHIDMATAN
- Menyediakan Laporan Sosial Pesalah Muda untuk dikemukakan kepada pihak mahkamah bagi tujuan jatuh hukum.
- Menyelesaikan perintah mahkamah yang telah ditetapkan kepada klien dengan mengadakan program-program berbentuk komuniti dengan kerjasama di antara pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Menyelia kes yang dijatuhkan hukuman perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah di tempat yang telah ditetapkan di dalam waran perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.
- Menerima kes perintah khidmat masyarakat yang telah dijatuhkan hukuman di bawah perintah khidmat masyarakat, contohnya seperti kes ingkar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
- Perintah PKM boleh dilaksanakan berdasarkan kepada perkara berikut :
- Bilangan jam PKM yang ditentukan oleh mahkamah mestilah diselesaikan.
- Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternative yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.
- Kerja PKM yang diperintahkan oleh mahkamah tidak boleh melebihi 240 jam agregat.
Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh mahkamah :
Erti lain-lain syarat :
Kuasa mahkamah untuk tetapkan syarat bagi pesalah muda menjalani program PKM berkenaan tempat, jenis aktiviti, tempoh menjalani PKM demi kepentingan dan masa depan pesalah muda dan masyarakat dan syarat itu jika boleh diberi kuasa kepada JKM untuk tetapkan.
(Contoh seperti kes IPTA, pindah rumah dan lain-lain)
DIREKTORI PEGAWAI
Hotline : 03-2612 4000
| BIL | NAMA PEGAWAI | JAWATAN | SAMBUNGAN |
| 1. | EN. MOHAMAD FAZLI BIN ABDUL RAHMAN | KETUA BAHAGIAN PEN. PENGARAH (S41) |
4080 |
| 2. | EN. RATNAVEL A/L ARUMUGAM | PEN. PEG. KEBAJIKAN MASYARAKAT (S32) | 4077 |
| 3. | EN. WAN HANAFIAH BIN HANAFI | PEN. PEG. KEBAJIKAN MASYARAKAT (S32) | 4078 |
| 4. | EN. SHAHRUM BIN MOHD | PEN. PEG. KEBAJIKAN MASYARAKAT (S32) | 4076 |
| 5 | PN. MAIMUNAH BT MOHD NOOR | PEN. PEG. KEBAJIKAN MASYARAKAT (S32) | 4079 |
| 6. | PN. MAIMUNAH BT MOHAMAD NASIR | PEN. PEG. KEBAJIKAN MASYARAKAT (S32) | 4086 |
| 7. | EN. MOHD NAIM BIN MOHD NOOR | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) | 4081 |
| 8. | EN. KHAIRRIL BIN ZAKARIA | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) | 4082 |
| 9. | EN. MOHD ZAHIR BIN HARUN | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) | 4083 |
| 10. | EN. SYAMSUL KAMAL BIN AHMAD SS | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4084 |
| 11. | EN. HASNIZAM BIN HASSIM | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4085 |
| 12. | EN. MUHAMMAD NURIZAHAM ZAYUKI | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4086 |
| 13. | EN. MUHAMMAD ZIKRIL MUHAIMIN MOHD AZMI | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4087 |
| 14. | EN. AHMAD SOFFI BIN HUSSAIN | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4083 |
| 15. | EN. JAMALULLAIL BIN ABDUL RAHMAN | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4085 |
| 16. | PN. INAWATI A/P AZAMAN | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4089 |
| 17. | EN. MOHD AL-GHADAFFY BIN ABU BAKAR (WTK) | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4065 |
| 18. | EN. MOHD RIDZUAN BIN MOHD NOOR (EB) | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4065 |
| 19. | EN. MOHD KHAIRI BIN KAMARUDDIN (WTK) | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4057 |
| 20. | EN. MOHD AZRUL BIN ABD AZIZ (EB) | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4063 |
| 21. | EN. MOHD IRWAN BIN RAZALI (WTK) | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4058 |
| 22. | EN. KHAIRUL NAJMI BIN AHMAD AZAM (EB) | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT S17 |
4067 |
| 23. | EN. MOHD SYARIF BIN MOHD ZAKRI | PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (S17) |
4088 |
| 24. | CIK NURUL AIN BINTI ABDUL RASHID | PEMBANTU TADBIR (N17) | 4079 |
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Program Perintah Khidmat Masyarakat akan dijalankan di institusi-institusi bawah jabatan kebajikan masyarakat dan juga dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti DBKL.
- Selain itu, pelatih muda juga akan didedahkan dengan aktiviti lain seperti mengikuti program perkhemahan dan juga seminar-seminar berkaitan perintah khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh jabatan kebajikan masyarakat.
- Mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara Malaysia.











