PENGENALAN
Bahagian Penguatkuasaan mengendalikan proses pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Pusat Jagaan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam mengawal selia segala perjalanan TASKA dan Pusat Jagaan supaya menepati Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 1985, Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Peraturan Pusat Jagaan 1994.
OBJEKTIF
- Memastikan seluruh TASKA yang beroperasi mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308 ) dan Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 1985.
- Memastikan Pusat Jagaan yang beroperasi mematuhi Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506 ) dan Peraturan Pusat Jagaan 1994
PERKHIDMATAN
Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab memastikan pengoperasian TASKA dan Pusat Jagaan mematuhi piawaian Akta.
Perkhidmatan TASKA
Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab : -
- Memproses permohonan pendaftaran TASKA
- Membuat seliaan dan pemantauan semua TASKA
- Bertindak sebagai Urus Setia ‘ One Stop Agency ‘ dengan agensi teknikal;
- Pihak Berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Kesihatan
- Menyiasat aduan TASKA dengan membuat siasatan.
- Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha TASKA.
- Menjalankan penguatkuasaan TASKA untuk menjaga kualiti pengasuhan kanak-kanak.
- Memastikan TASKA membuat permohonan ‘Pendaftaran Semula’ setelah tamat tempoh perakuan.
- Menyelaras Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak peringkat Wilayah Persekutuan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan perkhidmatan pekerja TASKA.
- Memberi ceramah bagi Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak.
Perkhidmatan Pusat Jagaan
Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab :-
- Memproses permohonan pendaftaran Pusat Jagaan.
- Membuat seliaan dan pemantauan kesemua Pusat Jagaan.
- Bertindak sebagai Urus Setia ‘ One Stop Agency” dengan agensi teknikal;
- Pihak Berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Kesihatan
- Menyiasat aduan Pusat Jagaan dengan membuat siasatan.
- Memberi khidmat nasihat kepada pengusaha Pusat Jagaan.
- Menjalankan penguatkuasaan untuk menjaga kualiti penjagaan.
- Memastikan Pusat Jagaan membuat permohonan Pendaftaran Semula.
DIREKTORI PEGAWAI
TEL : 03-26124000
| BIL | NAMA PEGAWAI | JAWATAN | SAMBUNGAN |
| 1 | Kosong | Pegawai Kebajikan Masyarakat
( S41) |
4026 |
| 2 | Kalsum binti Hussin | Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
( S32 ) |
4027 |
| 3 | Nik Mohd Arif bin Nik Abdul Razak | Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
( S32 ) |
4031 |
| 4 | Nor Azian binti Sharfador Khan | Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
(S27 ) |
4029 |
| 5 | Suhaila binti Omar | Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
( S27 ) |
4028 |
| 6 | Mohamad Firzami bin Idris | Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
( S27 ) |
4030 |
| 7 | Mohd Aziry bin Ramli | Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat
( S27) |
4030 |
| 8 | Mohd Al- Mukhalis bin Md Nor | Pembantu Kebajikan Masyarakat
(S17) |
4032 |
MAKLUMAT TAMBAHAN











