PENGENALAN
Bahagian Pembangunan Komuniti (PK) mula diperkenalkan pada tahun 2005 melalui waran perjawatan pada tahun yang sama. Pada peringkat permulaan, Bahagian PK dikenali sebagai Bahagian Perkembangan Sosial (PS) yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan sehingga tahun 1984, Bahagian PKS mengekalkan namanya sehingga pada tahun 1998 dan ditukarkan kepada nama yang lebih menekankan kepada perkhidmatan masyarakat iaitu Bahagian Perundingan dan Khidmat Masyarakat (PKM).
Pertengahan tahun 2005, nama Bahagian Pembangunan Komuniti diguna pakai sebagai nama yang memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan kumpulan sasar jabatan dan komuniti khususnya dalam perkhidmatan kepada pertubuhan sukarela, komuniti, sektor korporat dan sebagainya. Bahagian Pembangunan Komuniti juga menumpukan perhatian kepada penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti melalui penyertaan aktif Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), komuniti setempat, sektor swasta, para sukarelawan dan komuniti tempatan yang dilakukan melalui perkongsian bijak. Bahagian ini juga mengendalikan urusan pemberian geran dan mengawal kutipan derma yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan. Secara keseluruhannya Bahagian Pembangunan Komuniti bertanggungjawab dalam perancangan penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan, pembangunan dan penilaian.
OBJEKTIF
- Menggalakkan dan memberi dorongan kepada komuniti tempatan supaya lebih bertanggungjawab, bersatu padu dan bekerjasama bagi memenuhi keperluan golongan masyarakat tertentu ke arah kesejahteraan dan pembangunan masyarakat.
- Menggalakkan penglibatan dan sumbangan masyarakat dalam perkhidmatan kebajikan sukarela.
- Menggalakkan program dan aktiviti pembangunan sosial.
PERKHIDMATAN
Di antara perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti JKM WPKL adalah berkaitan dengan :
- Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
- Pembangunan Organisasi Komuniti
- Unit Khidmat Penyayang (UKP)
- Pembangunan Sukarelawan
DIREKTORI PEGAWAI
| Bil | NAMA PEGAWAI | JAWATAN | TELEFON |
| 1 | En. Nizam bin Kassim | Ketua Bahagian Pemb. Komuniti JKM WPKL | 03-26124033 |
| 2 | En. Mat Zaib bin Yaacob | Penolong Pegawai Pemb. Masyarakat (S32) |
03-26124034 |
| 3 | En. Sumitro bin Sayam | Penolong Pegawai Pemb. Masyarakat (S32) |
03-26124034 |
| 4 | En. Zaidi bin Mohd Said | Penolong Pegawai Pemb. Masyarakat (S27) |
03-26124032 |
| 5 | En. Samsul Affindi b. Abd Rahman | Penolong Pegwai Pemb. Masyarakat (S27) |
03-26124032 |
| 6 | En. Zorbahrin bin Ahmad | Penolong Pegawai Pemb. Masyarakat (S27) |
03-26124032 |
| 7 | Pn. Yeoh Yin Ha | Pembantu Pemb. Masyarakat Gred (S22) |
03-26124032 |
| 8 | En. Wan Mohd Azraf b. Wan Muda | Pembantu Pemb Masyarakat Gred (S17) |
03-26124032 |
| 9 | En. Syarif bin Mohd Zakri | Pembantu Pemb Masyarakat Gred (S17) |
03-26124032 |
| 10 | Pn. Saniah bt Maeni | Pembantu Am Pejabat (N4) |
03-26124032 |











