ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM PENYAYANG
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL). JKM WPKL ditubuhkan pada tahun 1974 dan bertujuan mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang, memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial yang profesional serta perkongsian tanggungjawab yang strategik.
Pengujudan Laman Web JKM WPKL diharap dapat meningkatkan lagi pengetahuan umum mengenai Jabatan, fungsi-fungsi dan tanggungjawabnya serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada kumpulan sasar Jabatan.
Objektif utama Laman Web adalah untuk memudahkan individu dan komuniti berhubung dengan JKM WPKL secara terus, cepat dan tepat. Ia juga merupakan salah satu cara dan strategi Jabatan untuk mempertingkat dan memantapkan perkhidmatan JKM WPKL kepada kumpulan sasar dan orang ramai, sekaligus ianya menjadi satu kaedah yang penting dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan mutu pentadbiran.
Saya berharap maklumat yang dipaparkan melalui Laman Web JKM WPKL ini dapat memberi manafaat kepada semua yang melayarinya. Saya juga mengalu-alukan pandangan dan pendapat serta maklumbalas yang membina melalui Laman Web ini agar dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan JKM WPKL.
Sekian.
Selamat Melayari Laman Web JKM WPKL.
NOORMAH BTE DATO’ ABD. RAUF
PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR











